18 Cara Memikat Hati Suami


1. Akur pada suami

Sentiasa jujur, ikhlas dan taat pada suami.

2. Berkelakuan baik terhadap suami

Jangan menyakiti hati suami dengan tingkah laku, bahasa ataupun tindakan. Sebaliknya, menjadi isteri yang 'melegakan' setiap kali suami pulang ke rumah. Jangan sampai suami menderita makan hati dalam diam. Sifat yang harus dielak ialah berleter dan bermasam muka.

3. Jangan bebankan suami

Ada isteri terlalu 'demand', meminta itu dan ini sehingga suami pening kepala untuk memenuhi kehendak dan impian isteri. Jangan sampai suami terpaksa menerima rasuah atau salah guna kuasa semata-mata ingin memenuhi permintaan isteri.

4. Sentiasa bersolek untuk suami

Ramai isteri tidak suka bersolek di rumah malah ada yang kelihatan selekeh. Ada isteri yang merasakan mereka sudah tua dan tidak perlu bersolek hatta mengenakan sedikit gincu untuk kelihatan cantik di mata suami. Sedangkan menjadi fitrah lelaki sukakan kecantikan terutama melihat seorang wanita yang menawan. Walaupun suami tidak pernah bersungut tetapi hakikatnya mereka suka melihat jika isteri bersolek seadanya agar sentiasa kelihatan manis dan menarik. Sebolehnya, ubah imej mengikut citarasa suami.

5. Jangan suka sanggah dan menolak permintaan suami

Jangan biar malaikat melaknat isteri yang menderhaka atau sering menyanggah cakap suami.

6. Sentiasa mengingatkan dan berpesan pada suami

Ingatkan suami dan berpesan dalam apa jua perkara.

7. Perlu ada rasa takut dan hormat pada suami

Ia dapat elak daripada buat perkara tidak baik.

8. Jangan membelakangkan suami

Mesti minta izin suami terlebih dahulu walaupun tahu suami tidak marah. Ia sebagai cara menghormati suami. Biarpun perkara kecil, setiap isteri perlu menjaga hati suami.

9. Jaga harta suami

Ia adalah amanah kepada setiap isteri dan jangan sesekali menyalah guna ataupun menggunakannya untuk kepentingan sendiri.

10. Isteri kena minta maaf segera jika buat salah / menderhaka pada suami

Jadikan ia amalan biasa dan jangan sesekali lengahkan, buat tidak tahu ataupun tunggu Hari Raya untuk minta maaf. Sesungguhnya isteri sebegini sentiasa dilaknat para malaikat.

11. Solat bersama suami

Jangan hanya tunggu apabila ada masalah, sebaliknya jadikan ia amalan harian untuk merapatkan hubungan dan mengelakkan menderhaka kepada suami.

12. Jangan perkecilkan pemberian suami biarpun tidak seberapa

Sebaliknya kena berterima kasih dan hormati diri nya sebagai suami terutama bagi isteri yang berkedudukan dan berkerjaya tinggi.

13. Perlu bermuka manis dan senyum pada suami

Isteri sedemikian akan dimuliakan di akhirat.

14. Pandang muka suami bila bercakap

Lihat dan tenung dengan penuh kasih sayang. Ia lebih dekat di hati. Bukan bercakap membelakangkan atau sambil buat kerja.

15. Jangan bawa virus barah (pergaduhan) dalam rumah tangga

Jangan biar suami berubah hati dan mencari wanita lain. Awas! punca suami kahwin lain ialah kerana ada benda yang tidak ada pada isteri.

16. Jangan terlalu kongkong suami

Beri kebebasan dengan batasan yang wajar. Jangan kerana terlalu prasangka sampai asyik telefon bertanya suami di mana, sentiasa bertekak, check telefon suami hingga suami tiada privasi.

17. Urut badan suami selepas balik kerja

Walaupun penat tetapi satu-satunya cara memikat suami ialah dengan memberi sentuhan pada suami.

18. Jaga makan minum suami

Guna ayat-ayat al-Quran dan bukannya bomoh untuk menambat hati suami. Ingatlah doa adalah lebih mujarab. Hulurkan segelas air setiap kali suami pulang dari kerja.

Resepi Wanita Solehah


“Innalillahi wa innalillahi rajiun… kepada Allah kita datang kepadaNya kita kembali… “
Cerita berlaku di dalam sebuah bas, yang hendak menuju ke suatu tempat yang sangat jauh.. saat itu musim panas.. Salah seorang penumpang itu adalah seorang wanita yang sangat cantik, muda dan bergaya. Penampilannya yang anggun dan bergaya itu menarik perhatian penumpang-penumpang lain dalam bas. Apabila wanita itu mula duduk di tempatnya, dia ditegur oleh seorang lelaki tua, dengan sopan berkata

“Wahai anak muda maafkan pakcik yang ingin menegur penampilan anak, pakcik rasa pakaian anak ini tidak sepatutnya dipakai kerana melanggar hukum agama dan mungkin akan mengakibatkan sesuatu yang tidak baik terjadi pada diri anak sendiri..” wanita itu terkejut dan berasa amat marah lalu berkata dengan lantangnya “berpakaian adalah HAK SAYA dan pakcik telah mengganggu keselesaan saya” pakcik tadi terdiam seketika kemudian wanita itu berteriak lagi “jika memang pakcik mahu, ambil pensel ini, tempah dan tuliskan untuk saya, tempatkan saya di NERAKA TUHAN pakcik”beristighfar pakcik dan sebahagian penumpang-penumpang dalam bas tersebut.

Selepas beberapa jam, suasana kembali sepi, bas akhirnya sampai ke destinasi, terlihat seorang penumpang akan wanita muda tadi yang begitu lena dalam marahnya sebentar tadi.. “Cik, bas sudah berhenti” panggilan itu tidak diendahkan, lalu dikejutkan lagi berulang kali namun reaksinya sama, tiada berbalas.. setelah diperiksa denyutan nadinya, ternyata wanita itu telah kembali kepada Allah dan ternyata dia meninggal dalam keadaan menentang Allah.. moga Allah merahmati rohnya insha Allah ameen..



Kisah sebentar tadi adalah situasi wanita islam yang tidak menjaga peribadinya yang sememangnya mulia di sisi agama itu sendiri, WANITA ITU AURAT, WANITA ITU FITNAH.

“Aku melihat api neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti ini, kerana ada pemandangan yang dasyat di dalamnya. Telah aku saksikan ahli neraka adalah kaum wanita” Rasulullah ditanya mengapa kaum wanita itu ramai di dalam neraka? “Ini kerana wanita itu mengkufurkan suaminya, dan mengkufurkan ihsannya, jika engkau berbuat baik sebanyak mana pun, dia masih tetap belum berpuas hati. (Riwayat Bukhari)

Maksudnya di sini, kita ketahui yang wanita adalah golongan yang beremosi, mudah mengatakan sesuatu tanpa berfikir secara baiknya terlebih dahulu, tidak sabar dalam menghadapi sesuatu kesusahan dan kesakitan, contohnya dalam menguruskan rumah tangga, melayan suami, mendidik anak-anak dan sebagainya, akibat ketidaksabaran ini mungkin akan menimbulkan rasa ketidakpuasan hati dan merungut serta tidak bersyukur, jadi tanpa sedar, sikap yang ada dalam diri kita ini, menjadikan dan memungkinkan kita tergolong dalam golongan di atas.

“Apabila seorang wanita telah menunaikan solat lima waktu, mengerjakan puasa di bulan Ramadhan, memelihara diri dan kehormatannya, dan taat kepada suaminya, maka masuklah dia ke dalam syurga dari mana-mana pintu syurga yang dikendakinya” (Riwayat Tabrani)

Jadi jelas dalam hadis di atas, mudah sahaja syarat kita sebagai wanita untuk masuk ke syurga.. ya mudah, namun kerana emosi yang sentiasa bersangka buruk, merungut, dan berkata yang perkara yang buruk dan bukan-bukan, menjauhkan kita daripada memasuki syurga illahi. Di dalam hadis tersebut juga dinyatakan tentang syarat-syarat yang akan menjamin seseorang wanita itu untuk masuk ke syurga :-

1) Menunaikan solat lima waktu.

Rasulullah pernah di tanya oleh Abdullah bin Mas’ud “Wahai Rasulullah apakah amalan yang paling utama? Baginda menjawab “solat pada waktunya”" jadi istilah menunaikan solat ini bukanlah hanya berjaya melakukan solat lima waktu itu sahaja, tetapi turut menetapi waktu solat, iaitu solat pada waktu dan tidak melengahkannya dengan sengaja.

2) Mengerjakan puasa di bulan Ramadhan.

Berpuasa bukan sahaja menahan lapar dan dahaga, tetapi menahan nafsu. Nafsu dari segi berkata bukan-bukan, bersangka buruk, dan sebagainya “Apabila kamu berpuasa, pendengaranmu, penglihatanmu, lidahmu juga turut berpuasa daripada yang haram, jauhilah daripada perbuatan menyakiti jiranmu, hendaklah kamu bertenang dan beramal, usah biarkan hari berpuasa dan tidak berpuasa adalah sama (Riwayat Bukhari)

3) Memelihara kehormatan diri.

Kehormatan diri di sini adalah dari aspek aurat dan pergaulan. Bagaimana aurat itu boleh menjadi fitnah dalam pergaulan? Umum mengetahui bahawa menutup aurat itu wajib, seperti dalam firman Allah Surah Al-Ahzab “Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. ” (33:59) . Juga dalam surah yang sama “Wahai isteri-isteri Nabi, kamu semua bukanlah seperti mana-mana perempuan yang lain kalau kamu tetap bertaqwa. Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan)” (33:32)

Namun menutup aurat luaran sahaja belum mencukupi syarat menutup aurat, seringkali kita lihat, wanita-wanita menjadi kes gangguan seksual lelaki, sedangkan mereka bertudung atau boleh kita katakan dia sudah menutup auratnya, namun, adakah dia telah benar menutup auratnya???

Berdasarkan surah An-Nuur “Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya” (24:31)

Berdasarkan dua surah di atas, saya highlight kan beberapa perkara penting dalam menjaga kehormatan diri, aurat dan bagaimana ia boleh mengelakkan fitnah :

  • Melabuhkan pakaian menutup keseluruhan tubuh badan semasa keluar rumah kecuali yang zahir iaitu muka dan tapak tangan, selain daripada itu, ia di kira aurat.
  • Berkata dengan kata-kata yang baik dan bukan dengan cara menggoda yang boleh menimbulkan syahwat dalam pergaulan antara lelaki dan perempuan.
  • Menyekat pandangan daripada memandang yang haram.
  • Tidak memperlihatkan perhiasan dan aurat kecuali pada yang mahram. Mahram adalah yang haram untuk di nikahi selama-lamanya.
Point terakhir adalah mentaati suami, ini buat wanita-wanita yang telah bernikah, harus diingatkan, sesudah ijab kabul berlaku, tanggungjawab kalian telah berubah, jika dahulu, selepas mentaati perintah Allah dan Rasul, anda harus mentaati perintah ibu bapa, namun ia berubah dengan mengutamakan suami dahulu.

“Maka perempuan-perempuan yang soleh itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemuliharaan Allah dan pertolonganNya…” (4:34)

“Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasannya adalah wanita yang solehah. Bila engkau memandangnya, ia menggembirakan (menyenangkan)mu. Bila engkau perintah, ia mentaatimu. Dan bila engkau keluar meninggalkannya, ia menjaga dirinya (untukmu) dan menjaga hartamu.” (Riwayat Bukhari)

Jadi dengan menjaga solat, puasa, kehormatan diri dan mentaati suami, kita boleh pilih untuk masuk syurga melalui mana- mana pintu.. indahkan? nak atau tidak terletak dalam tangan kita. Semoga Allah mampu menjaga diri, hati dan iman kita, agar kita mampu menaikkan darjat kita daripada muslimah kepada mukminah dan solehah dunia akhirat.. ameen.. sekian perkongsiaan untuk manfaat bersama.

“Sesungguhnya wanita itu adalah aurat, setiap kali mereka keluar, syaitan akan memperhatikannya.” (Riwayat Bazzar dan At-Tirmizi)

14 Perkara Perlu Dijaga Untuk Menjadi Wanita Solehah


Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Wanita solehah adalah sebaik-baik perhiasan di dunia ini. Untuk menjadi wanita solehah perlulah di jaga empat belas (14)  anggota tubuh dari pandangan bukan mahramnya. Jika seorang wanita gagal  menjaga perkara-perkara tersebut maka dia gagal digelar wanita solehah.

Semoga nota ini bermanfaat untuk semua muslimah yang ingin menutup aurat dengan sempurna.


Pertama : Mencukur bulu kening.

Jumhur ulama berpendapat, hukum mencabut atau mencukur bulu kening adalah haram.

Rasulullah SAW bersabda maksudnya : "Allah melaknat wanita yang mencukur atau mencabut bulu kening atau meminta orang lain mencukur atau mencabut bulu keningnya, wanita yang mengasah gigi supaya kelihatan cantik. Itu perbuatan mengubah ciptaan Allah". (Hadis Riwayat Muslim)

Kedua : Kaki (tumit kaki) jangan dihentak-hentakkan.(untuk mengambil perhatian)

Firman Allah SWT maksudnya : "Janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.."

(Surah an-Nur ayat 31)


Keterangan: Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan gelang kaki adalah sama seperi di zaman arab jahiliyah.

Ketiga : Berwangi-wangian.

Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya .

Abu Musa meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda, "Setiap mata itu berzina (apabila memandang dengan nafsu wanita yang asing). Dan seorang wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melalui sesuatu majlis, maka ia adalah demikian, demikian...(penzina)" (Hadis Riwayat Tirmidzi)

Nabi SAW  bersabda maksudnya : "Siapa saja perempuan yang memakai minyak wangi kemudian keluar ke masjid nescaya tidak diterima solatnya sehingga ia mandi dahulu (membersihkan dirinya dari wangi-wangian tersebut)." (Hadis Sahih Riwayat Ibnu Majah dari jalan Abu Hurairah)

Keempat : Menunjukkan dada.

Wanita yang memakai tudung tetapi membuka dada atau menampakkan leher mereka adalah wanita yang mempermain-mainkan hukum Allah SWT. Memakai tudung biarlah sempurna hingga menutup leher dan dada (tertutup perhiasan di dadanya)  supaya tidak menjadi tatapan lelaki yang bukan mahram.

Firman Allah SWT maksudnya : "Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir (muka dan tapak tangan) daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka." (Surah an-Nur ayat 31)


Kelima : Mengikir/ mengasah gigi.

Rasulullah SAW bersabda maksudnya : "Allah melaknat wanita yang mencukur atau mencabut bulu kening atau meminta orang lain mencukur atau mencabut bulu keningnya, wanita yang mengasah gigi supaya kelihatan cantik. Itu perbuatan mengubah ciptaan Allah". (Hadis Riwayat Muslim)

Rasululullah SAW  melarang dan melaknat wanita yg mengikir giginya atau menjarangkan giginya untuk kecantikan. Sebagaimana hadis Nabi SAW maksudnya  " Rasulullah melaknat wanita yang menjarangkan giginya untuk kecantikan." (Hadis Riwayat  Bukhari)

Keenam : Bersolek (make-up) di muka .

Firman Allah SWT maksudnya : "Hendaklah kaum wanita tetap di rumah, dan janganlah kamu berhias dan bertingkahlaku seperti orang-orang jahiliyah dahulu".(Surah al-Ahzab (59) ayat 33)


Kebanyakkan wanita sukar untuk meninggalkan bersolek (berbedak yang tebal), bergincu bibir dan bercelak apabila keluar rumah kerana sudah kebiasaan mengikut tren masyarakat. Sebenarnya wanita solehah tidak perlu terikut-ikut dengan amalan orang bukan Islam yang 'mewajibkan' bersolek dan bermake-up dengan tujuan supaya dipandang cantik, hakikat sebenarnya kecantikan seperti ini tidak perlu mengikut pandangan Islam. Memadailah dengan bedak yang tipis untuk menghilangkan kesan minyak dimuka.

Ketujuh : Memakai pakaian dan tudung yang tipis.

Asma binti Abu Bakar menemui Rasulullah SAW dengan memakai pakaian yang tipis.


Asma’ binti Abu Bakar telah masuk ke tempat Rasulullah SAW  berada sedangkan dia memakai pakaian nipis. Rasulullah SAW  lalu berpaling daripada memandangnya sambil berkata, “Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haid) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya.” (Hadis Riwayat Abu Dawud)

Kelapan : Bersentuhan Tangan


Rasulullah SAW tidak pernah memegang tangan seorang wanita pun, baginda membaiat mereka dengan ucapan. Aisyah melanjutkan, "Demi Allah, Rasulullah SAW tidak pernah mengambil sumpah kepada kaum wanita kecuali atas apa yang diperintahkan oleh Allah, dan baginda tidak pernah menyentuh telapak seorang wanita pun, apabila baginda membai'at mereka, baginda hanya mengucapkan; "Sesungguhnya saya telah membai'at kalian." (Hadis Riwayat Muslim hadis no. 3470)

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda,

لأن يطعن في رأس رجل بمخيط من حديد خير من أن يمس امرأة لا تحل له

Maksudnya : “Sekiranya kepala salah seorang daripada kamu ditusuk dengan jarum besi, itu adalah lebih baik bagi kamu daripada kamu menyentuh wanita yang tidak halal bagi kamu.” (Hadis Riwayat ath-Thabrani. Dinilai sahih oleh al-Mundziri, al-Haitsami, dan al-Albani)

Syaikh al-Albani rahimahullah berkata, “Pada hadis ini terdapat ancaman yang keras (tegas) kepada sesiapa sahaja yang menyentuh wanita ajnabiyah (yang bukan mahram). Padanya juga terdapat dalil atas haramnya bersalaman (mushofahah) dengan wanita. Sebab itu, tidak diragukan bahawa bersalaman itu mengandungi unsur bersentuhan. Pada masa ini, umat Islam banyak diuji dengan situasi ini, dan di antara mereka adalah dari kalangan ahli ilmu. Sekiranya mereka mengingkari perkara tersebut dengan hati mereka, tentu ada sedikit kemudahan untuk menasihati mereka. Tetapi sayangnya, mereka menghalalkan perkara tersebut dengan pelbagai cara (jalan) dan takwilan (penafsiran).” (Rujuk: al-Albani, as-Silsilah ash-Shahihah, 1/225)

Kesembilan : Tidak menundukkan pandangan mata.

Firman Allah SWT maksudnya : "Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir (muka dan tapak tangan) daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka." (Surah an-Nur ayat 31)


Sabda Nabi Muhamad SAW maksudnya : "Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram." (Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi).

Kesepuluh : Tidak menjaga suara.

Firman Allah SWT maksudnya : "Wahai isteri-isteri Nabi, kamu semua bukanlah seperti mana-mana perempuan yang lain kalau kamu tetap bertakwa. Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu) dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan)." (Surah al-Ahzab ayat 32)


Rasulullah SAW bersabda maksudnya : "Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi" (Hadis Riwayat Ibn Majah)

Mendengar wanita berbicara atau bersuara, tidaklah termasuk hal yang terlarang dalam Islam. Kecuali bila suara wanita itu dalam bentuk suara yang mendayu-dayu, mendesah atau dibuat sedemikian rupa sehingga membangkitkan nafsu berahi lelaki yang mendengarnya (seperti menyanyi dan bernasyid). Tentu saja para ulama sepakat untuk mengharamkannya. Namun bila dalam bentuk pembicaraan biasa saja di mana hal itu jauh dari fitnah dan urusan berahi, para ulama sepakat mengatakan bahawa mendengar suaranya tidak diharamkan.

Kesebelas : Kemaluan.


Firman Allah SWT maksudnya : "Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka."(Surah an-Nur ayat 31)

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya." (Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar)

Dalam hadis yang lain, Nabi SAW bersabda maksudnya : "Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah." (Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.)

Kedua belas : Pakaian ketat dan jarang.

Firman Allah SWT maksudnya : "Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang." (Surah al-Ahzab ayat 59)

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti." (Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud , An Nasaii dan Ibnu Majah.)

Dalam hadis yang lain Nabi SAW bersabda maksudnya : "Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu adalah haram hukumnya.

Ketiga belas : Rambut di dedahkan.


Nabi SAW bersabda maksudnya : "Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya. " (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)


Keempat belas : Menampakkan kaki (tidak memakai stokin)

Firman Allah SWT maksudnya : "Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Surah al-Ahzab (33) ayat 59)

Berdasarkan ayat di atas jelaslah wanita wajib menutup seluruh tubuh ( termasuk kaki) dan yang dibenarkan buka adalah muka dan dua tapak tangan sahaja  sehingga pergelangannya.

Di zaman moden kini tak ramai yang mahu menutup aurat sepenuhnya seperti mana yang dilandaskan oleh syarak. Mungkin ada yang beranggapan kaki bukanlah suatu yang wajib ditutup kerana ia tidak mendatangkan syahwat kepada lelaki, namun tanggapan itu jelas salah. Ada juga yang mungkin tidak mengetahui bahawa pergelangan kaki adalah termasuk daripada aurat yang wajib ditutup wanita. Zaman kini wanita beranggapan bahawa pergelangan kaki bukan lagi satu aurat walhal dalam Al-Quran telah jelas menyuruh wanita menutup aurat sepenuhnya moga dengan itu mereka akan dianggap wanita yang baik-baik dan tidak akan diganggu.

Sahabat yang dikasihi,
Wahai sahabatku mukminah solehah yang bertakwa!

Jagalah aurat kalian yang merangkumi empat belas (14) perkara yang disebutkan di atas supaya kalian menjadi mukminah solehah yang diredai oleh Allah SWT.

Kecantikan wanita solehah bukan terletak pada wajah yang cantik semata-mata tetapi kecantikannya adalah terletak pada akhlak, keperibadian, percakapan , pergaulan dan pakaian menutup aurat yang dipakainya. Kesemuanya perlu bersepadu dan akan menaikkan maqamnya di sisi Allah SWT iaitu perhiasan yang terbaik di dunia dan tidak ada balasan yang lebih baik untuknya melainkan syurga.

6 Rahsia Kebahagiaan Rumahtangga


1) Kejujuran

Faktor ini adalah merupakan aspek penting di dalam sesuatu kebahagiaan hubungan rumah tangga. Pada kebiasaannya, pasangan yang berasa teraniaya atau dianiaya akan menyimpan dendam dalam setiap penipuan yang telah dilakukan. Masalah ini akan berbalas-balas sehingga menjadi punca keretakan didalam sesuatu hubungan.

2) Hormat

Semua manusia yang hidup di muka bumi ini suka apabila diri mereka dihormati. Begitu juga dalam hubungan rumah tangga, suami menghormati isteri, dan isteri pula menghormati suami. Selagi perasaan hormat-menghormati ini menebal dalam diri, pasti tiada masalah untuk sesuatu pasangan untuk mengekalkan kebahagiaan mereka.

3) Cinta

Apabila menyebut soal cinta, ia adalah satu perkara yang subjektif yang sukar untuk diterjemahkan. Cinta juga mungkin boleh disamaertikan dengan pengorbanan. Sekiranya anda betul-betul mencintai pasangan, sudah pasti anda akan sanggup untuk berkorban demi kebahagiaan mereka. Kebahagian yang pasangan anda miliki pula akan menjadi kebahagian untuk diri anda.

4) Sabar

Sifat pemarah adalah merupakan faktor utama yang menjadi punca dalam keretakan sesuatu hubungan. Anda perlu belajar untuk bersabar. Lakukan sesuatu dengan pertimbangan yang waras dan bukannya apabila dipengaruhi oleh emosi.

5) Komunikasi

Pasti anda semua menyetujui jika kami menyatakan bahawa lebih banyak mendengar adalah lebih baik berbanding lebih banyak bercakap. Berikan sepenuh perhatian apabila pasangan anda meluahkan perasaan untuk mereka merasakan diri mereka dihargai. Seseorang yang merasakan diri mereka dihargai akan tahu untuk menghargai orang lain.

6) Memahami

Apabila isteri anda seorang yang pemarah, anda perlu banyak bersabar. Bukannya anda juga turut serta untuk berasa marah. Apabila anda sudah memahami pasangan anda, ia juga bermakna anda akan mampu untuk bertolak ansur terhadap pasangan dalam apa jua situasi sekalipun. Tolak ansur juga penting dalam kebahagiaan rumah tangga.

23 Tips Rumahtangga Bahagia


1) Sering melakukan kegiatan bersama-sama seperti makan bersama, keluar berjalan berdua-duaan, beriadah dan mandi bersama.

2) Galakkan isteri tidur di atas lengan suami. Isteri yang penyayangakan berada di belakang bahu sebelah kanan suami ketika berjalan.

3 ) Jaga agar mulut dan badan tidak berbau agar suami sentiasa mahu berseronok dengan isteri.

4 ) Isteri yang hangat dan romantis sentiasa mengharapkan suaminya berada di rumah be
rsama-samanya.

5 ) Tukar gaya penampilan setelah beberapa ketika untuk mengelakkan jemu kepada pasangan.

6 ) Kreatif mencipta suasana yang harmoni dan tenang dalam rumah tangga.

7 ) Sekiranya ada pergaduhan atau pertengkaran, cuba ingat kembali kenangan manis semasa bercinta dan berbulan madu.

8 ) Kenangkan jasa dan susah payah isteri mengandung dan melahirkan anak.

9 ) Sekiranya berlaku penceraian (bagi pasangan Islam untuk talak satu dan dua saja) jangan mudah menghalau isteri keluar dari rumah sebelum habis edah kerana mungkin
suami isteri berminat untuk bersatu kembali (rujuk).

10 ) Suami kena lebih mesra dengan keluarga mentua kerana sekiranya rumah tangga menghadapi masalah, ibu bapa mentua boleh membantu dari segi nasihat.

11 ) Suami jangan tumpu perhatian yang berlebihan kepada dunia luar berbanding keluarga sendiri.(fikirkan)

12 ) Isteri jangan lebih banyak masa menyibukkan diri dengan dunia luar, seperti aktif dengan kegiatan persatuan, berpolitik atau terbabit dengan jualan langsung.

13 ) Sentiasa berlembut dari segi percakapan, layanan kepada pasangan dan pergaulan sesama ahli keluarga.

14 ) Isteri perlu berhias lebih kepada suaminya berbanding apabila keluar rumah.

15 ) Menjawab setiap pertanyaan suami dengan lembut.

16 ) Pasangan tua, terutama isteri jangan terlalu rapat dengan cucu, tidur dengan cucu dan tinggalkan suami tidur sendirian.

17 ) Sekiranya ada masalah, bawalah berbincang. Jangan bertengkar dan masing-masing menegakkan pendapat sendiri.

18 ) Fahami dan hayati sifat pasangan dan anak-anak. Suami disifatkan seperti matahari sentiasa panas, isteri bulan; cantik, lembut dan indah dipandang, manakala anak-anak pula umpama bintang iaitu sifatnya sebagai penghibur dalam rumah tangga.

19 ) Suami isteri perlu mengekalkan sifat romantis dan sentiasa berhati muda walaupun masing-masing sudah berusia.

20 ) Anak-anak jangan dipaksa mengikut telunjuk dan kehendak ibu bapa tetapi beri mereka pilihan yang sesuai tetapi sentiasa awasi mereka.!

21) Ketua rumah tangga yang bijak sentiasa ada perancangan jangka panjang untuk ahli keluarganya. Sama ada dari segi kewangan, pelajaran dan tempat percutian.

22 ) Keluarga Islam, pastikan sekurang-kurangnya dua waktu sembahyang berjemaah bersama-sama ahli keluarga – merapatkan hubungan dan kemesraan.

23 ) Jangan beri ahli keluarga makanan yang tidak halal atau diragui kehalalannya kerana bermula dari makanan membentuk air mani dan melahirkan generasi seterusnya.

10 Nasihat Untuk Suami Dalam Memahami Hubungannya Dengan IsterI


1. Bersikap Tegas dan Lemah-lembut Terhadap Isteri

Betapapun seorang wanita itu mempunyai kemampuan dan kemahuan yang tinggi,memiliki kemahiran serta percaya terhadap diri sendiri namun pada hakikatnya, ia masih ingin mencari perlindungan dengan seorang lelaki. Jika keinginan mencari perlindungan itu datangnya dari wanita, namun selalulanya ia merahsiakannya. Seandainya hajatnya tercapai, ia mengharapkan layanan yang lemah lembut dan amat mengharapkan perlindungan dari lelaki yang bertanggungjawab.

Sifat lemah lembut dan tegas ini harus dimiliki oleh lelaki kerana setiap isteri mengharapkan suaminya mampu menjadi pemimpin dalam rumahtangga yang dibina. Menjadi pemimpin bukan bermaksud menjadi “boss”. Sifat tegas dan lemah lembut ini biarlah kena pada tempatnya.

2. Memberi Pujian Terhadap Isteri

Peranan wanita sebagai ibu menyebabkan ia perlukan perlindungan daripada keyakinan. Hanya suami yang bijaksana dapat memberikan keyakinan kepada isterinya. Dengan cara memberikan penghargaan seperti pujian, hadiah ataupun ungkapan yang boleh menambahkan keyakinan dalam diri isteri.

Jangan merasa hairan jika seorang wanita selalu bertanya kepadapasangannya, “Adakah engkau cinta padaku? ” Pertanyaan ini bukan bermakna ia tidak percaya kepada pasangannya tetapi ia menginginkan keyakinan untuk dirinya. Oleh itu, suami usah jemu dengan ungkapan itu, malah berusahalah untuk mengerti hakikat seorang wanita.

3. Menentukan Batas Tanggungjawab

Islam telah mengatur tanggungjawab terhadap suami dan isteri. Suamiberkewajipan mencari nafkah yang halal untuk kelurganya dan isteri pula berkewajipan melayan suami serta mengasuh anak-anak. Ini bukan bermakna tanggungjawab lain patut diabaikan, malah semua tanggungjawab lain seharusnya dipikul bersama mengikut keadaan masa dan tempat.

4. Menghindari Kritikan Terhadap Isteri

Kritikan bukan satu-satunya cara untuk menyelesaikan masalah. Ia boleh dilakukan, namun biarlah dengan lembut dan bertempat. Jangan sesudah bernikah, suami merasa berhak berkasar, mengkritik dan menghina isteri sewenang-wenangnya kerana banyak kesannya pada  isteri.

Suami yang terlalu banyak mengkritik isteri akan meninggalkan kesan negatif terhadap isterinya iaitu:

  • Perasaan isteri menjadi tertekan akibat menahan marah.
  • Menimbulkan pelbagai jenis penyakit fizikal akibat daripada perasaan kecewa dan tekanan batin.
  • Isteri menjadi pemarah, pendiam, kadangkala hilang keinginan untuk bersama.
  • Akibat selalu dikritik serta tidak dihargai, isteri akan kehilangan identiti dirinya sendiri.
  • Untuk menyenangkan hati, isteri akan menyalahkan anak-anak.
  • Jika perasaannya terlalu tertekan, mungkin ia inginkan perceraian.

5. Memperhatikan Sesuatu Yang Romantik

Suami seringkali kurang memperhatikan keperluan yang tidak begitu penting seperti ulangtahun isteri, perkahwinan dan sebagainya. Namun bagi wanita,hal sebegitu penting. Cinta bukan hanya berkaitan dengan perasaan tetapi juga berkaitan dengan aktiviti romantik yangmempunyai nilai yang bererti dalam diri wanita. Mungkin sesuatu yang tidak bererti pada lelaki namun ianya amat bernilai pada wanita. Oleh itu suami harus banyak mempelajari keperluan isteri dan tidak menganggap remeh terhadap kepentingan isteri.

6. Memahami Isteri Yang Ingin Selalu Di Samping Suami

Setiap isteri selalu menginginkan serta merindukan untuk selalu bersama suaminya. Isteri selalu mengharapkan perhatian yang cukup dari suaminya. Kerana itu, suami yang baik akan berusaha meluangkan masa untuk bersama isterinya. Selalu bersama boleh meningkatkan kasih sayang.

7. Menjaga Perasaan Aman Dalam Kehidupan Isteri

Suami yang bertanggungjawab akan selalu memberikan rasa aman dan tenteram terhadap perasaan isterinya, selalu berusaha menyelesaikan setiap masalah rumahtangga dengan secepat mungkin. Berusaha membantu menyelesaikan masalah isteri.

8. Memahami Gelora Jiwa Isteri

Wanita lebih mudah mengalami perubahan emosi jika dibandingkan dengan lelaki. Jika suami dapat menerima hakikat perubahan emosi isterinya,maka isterinya pasti dapat menerima suaminya sebagai org yang dapat membimbing hidupnya.

9. Membina Kerjasama Yang Baik

Suami yang boleh diajak berbincang dan selalu bekerjasama dengan isterinya akan mampu mengujudkan keluarga bahagia.

10. Memenuhi Keperluan Peribadi

Tidak ada dua wanita di dunia ini yang sama, kerana masing-masing memiliki peribadi yang khusus. Wanita mempunyai sifat yang unik baik dari segi emosi maupun keinginan. Suami yang bijaksana akan mudah memahami akan keperluan peribadi isterinya dan mampu melaksanakan tanggungjawabnya sesuai dengan kemampuan dirinya.


Peringatan Buat Suami


Alhamdulillah, bahagia rumahtangga sekiranya ia menjadi amalan.

Yang penting, jangan asyik cari salah isteri.

Bila kita melihat sesuatu dari kaca mata negatif, tentu keburukan isteri yang menyusahkan hati.

Tukar perspektif kepada yang positif bagi mendorong ke arah keharmonian. Bukan ke arah kecelaruan.

Kalau betul isteri telah melakukan salah, tegur  dan nasihat dengan cara berhemah.

Tentu sekali masalah tidak selesai jika dituduh pula isteri "degil".

  • Tak dengar kata.
  • Keras hati.
  • Ataupun sifat negatif lain yang sewaktu dengannya.

Hanya sekadar melepaskan marah atas silap si isteri.

Pasti sang syaitan bertepuk tangan kerana bisikannya berjaya meretakkan keharmonian si Adam dan Hawa.

Kerak nasi lagikan lembut, inikan pula hati wanita.

Pasti ada penyelesaian untuk setiap masalah.

Muhasabah diri dan minta petunjuk dari Allah.

Suami yang hebat adalah suami yang berjaya menolak bisikan syaitan.

Juga memimpin tangan isteri ke arah kebenaran dan jalan Allah.

Pasti, isteri yang baik juga tahu membezakan dosa dan pahala.

Lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik.

Itu janji Allah.


6 Asas Rumahtangga Bahagia


Oleh: USTAZAH SITI NOR BAHYA

STATISTIK menunjukkan di Barat hampir 90 peratus rumah tangga berantakan kerana tidak mengikut acuan yang telah ditetapkan Allah SWT.

Tidak mustahil fenomena tersebut berlaku di negara ini apabila makin ramai yang membina rumah tangga dengan hanya mengikut nafsu dan tidak berlandaskan syariat Islam yang sebenarnya.

Sebenarnya senario semakin membimbangkan ini telahpun dibuktikan dengan jumlah kes perceraian yang dilaporkan meningkat hari demi hari. Malah mengikut purata yang dikeluarkan oleh Jabatan Kefahaman Islam Malaysia (Jakim) seramai 77 pasangan Islam bercerai setiap hari.

Jumlah perceraian yang boleh dikategorikan kritikal ini mendorong penceramah motivasi terkenal Datuk Siti Nor Bahyah Mahamood dan suaminya, Wan Akashah Wan Abdullah berkongsi asas-asas untuk membina rumah tangga bahagia bersempena ceramah yang dianjurkan oleh Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan.

Asas 1

Menurut Siti Nor Bahyah, setiap pasangan yang berkahwin harus menetapkan matlamat mereka iaitu kebahagiaan di dunia dan akhirat. Hanya iman dan takwa boleh membawa pasangan ke syurga untuk mendapatkan kebahagiaan yang abadi. Uji diri adakah kita telah menjalani tanggung jawab sebagai Muslim. Keluar rumah menuju ke pejabat apakah niatnya?

Bagi isteri, jangan salah guna keizinan bekerja yang suami telah beri. Elakkan makan berdua dengan lelaki bukan muhrim begitu juga dengan lelaki. Masing-masing perlu perkukuh iman dan kepercayaan yang telah diberikan, barulah rumah tangga ada asasnya.

Menurutnya, tip dari nabi SAW untuk menjaga kesetiaan ialah jangan sesekali suami atau isteri mendengar rintihan dari rakan yang berlainan jantina dari mereka.

"Ujian datang dalam bentuk kesenangan dan juga kesusahan, jadi kalau iman kita lemah kita pasti akan kalah, untuk menguatkan iman di pejabat, pastikan kita berjemaah di surau pejabat dan isi masa dengan membaca al-Quran," tambah Wan Akashah pula.

Asas 2

Perlu ada kasih sayang, cinta dan rindu.

"Sedihnya dua elemen ini sering berlaku pada zaman bercinta sahaja. Nabi SAW berpesan, kalau kita sayangkan seseorang mesti ditunjukkan dengan kata-kata dan perbuatan. Jadi jika ada suami yang mengatakan 'abang sayang, cuma tak tunjuk saja' maka itu tidak patut, kerana nabi ajar suruh tunjuk," tambah Siti Nor Bahyah pula.

Sebagai ibu, haruslah memanggil anak dengan penuh kasih sayang dan panggilan yang baik-baik kerana setiap patah perkataan yang keluar dari mulut ibu adalah doa.

"Nabi sendiri pun menunjukkan kasih sayangnya dengan berbaring di atas paha Saidatina Khadijah, jadi mengapa perlu suami sekarang tidak mengikuti perlakuan Rasulullah kalau itu yang menggembirakan hati isteri," ujar Siti Nor Bahyah.

Asas 3

Contohi akhlak Nabi Muhammad SAW, jagalah adab suami isteri serta tingkah laku masing-masing. Setiap dari anggota yang Allah kurniakan seperti mata, mulut dan hidung semuanya perlu dijaga.

Kata Wan Akashah, isteri mesti memastikan suami makan dari masakannya supaya berkat.

"Sebab itu ustaz sendiri pun makan masakan yang ibu dan isteri masak. Dari situ makanan yang dimakan itu diyakini kebersihannya, apa yang dimakan menjadi darah daging untuk membentuk insan yang berakhlak mulia," jelasnya.

Asas 4

Tegas Siti Nor Bahyah, amanah dan tanggung jawab perlu dipikul sehabis baik oleh setiap pasangan. Dalam keadaan ekonomi sekarang, ramai pasangan yang secara tidak sengaja mengabaikan masa bersama pasangan atau anak-anak.

"Anak adalah amanah, sebaiknya kita menjaga anak kita sendiri dan tidak perlu menyerahkan tugas tersebut kepada pembantu rumah atau hantar ke pusat jagaan. Kalau pakai pembantu janganlah pula kita membiarkan pembantu mengambil peranan kita sebagai isteri," tambahnya.

Asas 5

Setiap suami atau isteri mesti pastikan rezeki yang mereka perolehi adalah halal dan diberkati.

"Biar sedikit tapi mencukupi. Keberkatan itu amat penting. Apabila kita bersembahyang kita pasti akan mendapat ketenangannya. Begitu juga dengan kewajipan berzakat yang apabila kita tunaikan pasti kita akan tenang kerana mengikut suruhan Allah," ujar Siti Nor Bahyah.

Asas 6

Pesanan yang paling penting ialah berbuat baiklah kepada ibu dan bapa. "Apabila kita sebagai anak berbuat baik kepada ibu bapa kita, Insya-Allah anak-anak kita akan baik kepada kita dan rumah tangga kita pasti bahagia," ujarnya.


Bagaimana Menunjukkan Rasa Cinta Kepada Suami


Adakah kamu merasakan suami kamu perlukan layanan dan perhatian yang istimewa? Kamu telah melalui masa yang panjang bersama suami dan berasa dirinya semakin menjauhi diri kamu?

Kamu percaya dia sudah tidak ingat lagi betapa pentingnya diri kamu kepadanya? Percayalah bahawa bukan kamu seorang sahaja wanita yang merasakan keadaan sedemikian.

Ramai isteri pada hari ini mempunyai perasaan yang sama dengan kamu setelah bertahun-tahun menempuhalam perkahwinan.

Jika kamu berhasrat untuk mempunyai perkahwinan yang berjaya, kamu mestilah berusaha untuk mengekalkan rasa cinta dan sifat romantik kepadanya.

Sebagai seorang isteri, kamu perlu mengambil inisiatif dan menunjukkan kepada suami kamu betapa kamu mencintai dirinya sepenuh jiwa raga kamu.

Lakukan setiap usaha untuk mengekalkan hubungan dengan dirinya. Ini sememangnya sukar untuk kamu lakukan sekiranya masing-masing sibuk dengan kerjaya dan urusan harian.

Terdapat beberapa perkara kecil dan asas yang boleh kamu lakukan untuk menunjukkan rasa cinta kamu dan membuatkannya sedar betapa istimewanya hari-hari yang kamu berdua tempuh sepanjang perkahwinan kamu.


Antara perkara yang boleh kamu lakukan ialah:


Kerap-kali berkomunikasi


  • Bercakaplah dengannya tentang perkara-perkara yang berlaku dalam hidup kamu. Biarkan dirinya kenal dan tahu matlamat perkahwinan kamu, kepercayaan kamu dan juga keprihatinan kamu terhadap dirinya.
  • Mintalah pendapatnya atau nasihat daripadanya untuk kegunaan sekarang atau di masa hadapan. Ini akan menunjukkan kepadanya bahawa dirinya sememangnya pasangan kamu, tempat kamu mencurah kasih sayang dan juga perhatian.
  • Pasti kamu akan sentiasa berasa kebergantungan antara satu sama lain.



Berikan hadiah istimewa kepadanya


  • Buatlah kejutan dengan memberinya hadiah yang istimewa tanpa menyatakan sebarang alasan. Dapatkan edisi terkini majalah atau buku yang diminatinya, belikan dia DVD kegemarannya atau boleh sahaja menyiapkan hidangan kegemarannya sebagai hidangan makan malam istimewa bersamanya.
  • Kamu boleh berikan hadiah istimewa sebegini tanpa perlu menggunakan wang yang banyak. Ianya sudah cukup untuk membuatkan suami kamu merasa dirinya begitu istimewa di hati kamu.



Berikan pujian seikhlas hati


  • Sudah menjadi lumrah manusia, setiap orang pasti berasa dirinya ingin dipuji dan dihargai. Samalah jua dengan suami kamu. Apabila hubungan kamu bersamanya semakin berkembang, terdapat beberapa perkara asas yang biasa membuatkan kamu lupa untuk melakukannya iaitu pujian kepada suami
  • Suami kamu sangat gembira bila kamu memujinya dengan penuh kasih sayang dan tulus ikhlas. Sebagai seorang isteri yang hebat di mata suami, buatkanlah suami kamu berasa dirinya begitu unik dan istimewa dengan mengiyakan apa sahaja pendapatnya dan mengatakan kepadanya bahawa semua perkara yang dilakukannya terbaik untuk dirinya dan juga diri kamu.


PESANAN: Perkara asas beginilah yang boleh kamu lakukan untuk menunjukkan rasa cinta kepadanya dan terus dapat mengekalkan hubungan ini buat selamanya.

Mengekalkan rasa cinta antara satu sama lain ialah suatu perkara yang amat penting dan berharga untuk setiap pasangan. Jadi, jangan segan silu untuk selalu menuturkan dan menunjukkan rasa cinta kepadanya.


Pesanan Buat Suami


1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..

4. Jangan demand jimak sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.

8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?

11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.

13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17.. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?

19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.

20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.

22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali

23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.

Allah s.w.t. berfirman, “Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan”

Tips Suburkan Rasa Cinta Suami Isteri


A – Ampunkan segala kesalahan suami atau isteri sebelum tidur. Amalkannya setiap hari dan anda akan lebih tenang dalam rumah tangga.

B – Baik. Jalinkanlah hubungan yang baik dengan keluarga dan teman rapat pasangan. Ini akan menjadikan pasangan berasa lebih dihargai.

C – Cinta. Cintai pasangan sepenuh hati dan kotakan janji-janji percintaan anda semasa dahulu.

D – Doa. jangan lupa untuk berdoa semoga mahligai yang dibina sentiasa di dalam kerahmatan dan bahagia selalu.

E – Enak. masakan yang enak dan berkhasiat akan menceriakan keluarga. Jadikan waktu makan atau memasak sebagai salah satu masa untuk merapakan hubungan dan berkongsi cerita dengan pasangan.

F – Filem. Tontonlah filem romantik bersama pasangan di waktu senggang.

G – Gurau. Jangan terlalu serius dalam rumah tangga! Cuba bergurau senda dengan pasangan supaya hubungan lebih ceria dan menyeronokkan

H – Hormat. Walaupun dia suami atau isteri anda, hormatilah dia dan berilah dia masa dan privasi sekali sekala.

I – I Love You! Ucapkanlah kata-kata manis seperti I Love You! Ia akan menghangatkan rasa cinta anda!

J – Jalan-jalan. Luangkan masa untuk berjalan-jalan dan bersiar-siar bersama untuk mengeratkan hubungan. Bercuti bersama juga adalah idea yang bagus untuk anda dan pasangan.

K – Komunikasi. Komunikasi yang berkesan menjadi perkara penting di dalam hubungan. Elakkan sikap acuh tak acuh dan terimalah teguran dengan fikiran yang positif.

L – Lupakan kenangan pahit dalam rumah tangga. Jangan sesekali mengungkit-ungkit perkara lalu.

M – Maaf. maafkanlah pasangan atas kesilapan yang dilakukan dan sentiasa bersangka baik terhadapnya.

N – Nafkah. Usah abaikan nafkah isteri walaupun isteri juga bekerja. nafkah untuk isteri masih menjadi tanggungjawab suami walaupun dia bekerja.

O – OK! katakan Ok sahaja jika dia melakukan sesuatu yang anda kurang senangi. Usah terlalu cerewet dan terimalah keadaan pasangan anda seadanya.

P – Pujuk dan puji. Jika pasangan merajuk, anda perlu memujuk. Ketepikan ego anda seketika dan hadapilah pasangan yang sedang merajuk dengan fikiran yang waras. Selepas memujuknya, pujilah dengan pujian yang dapat mengembirakan hatinya

Q – Queen Control – Para isteri tolong berhenti dari menjadi queen control kepada suami. Sesungguhnya lelaki memang tidak suka diarah-arah dan ditengking. Nanti jangan menyesal jika suami anda beralih arah.

R – Romantik – Jangan lupa untuk bersikap romantik terhadap pasangan. Berikan dia hadiah atau hantar bunga ke pejabat untuk memberi kejutan.

S – Sabar dan setia – Bersabarlah dengan sikap pasangan anda. Anda yang memilihnya sebagai suami atau isteri, justeru tabahlah menghadapi badai rumah tangga. Setialah kepada pasangan anda dan jangan main kayu tiga!

T – Tolak ansur – Sentiasa bertolak ansur dengan sikap pasangan anda. Anda yang memilihnya sebagai suami atau isteri justeru tabahlah menghadapi badai rumah tangga. Setialah kepada pasangan anda dan jangan main kayu tiga!

U – Ulang tahun – Jangan lupa ulang tahun kelahiran dan ulang tahun perkahwinan anda. Tidak perlu dirakan dengan hebat dan meriah, cukup sekadar meraikannya mengikut kemampuan masing-masing.

V – Virus. Elakkan kehadiran virus atau orang ketiga dalam perhubungan anda suami isteri. Jika ada yang cuba menggoda, elakkan diri dan jangan sesekali melayani mereka.

W – Wang- Kewangan yang stabil adalah salah satu kemestian dalam perkaheinan. Justeru, cuba perkukuhkanlah ekonomi anda seiring dengan usia mahligai yang dibina dan bilangan anak yang semakin bertambah.

X – X-ray atau muhasabah diri masing-masing. Adakah hubungan anda semakin renggan atau sudah tidak seperti dahulu. Berbincang dan perbaiki hubungan anda sebelum segala-galanya menjadi lebih parah.

Y -Yoyo! Jangan bercinta seperti cinta YOYO.

Z – Zuriat. Zuriat bukan syarat kebahagiaan tetapi sesungguhnya zuriat adalah pengikat kasih sayang antara suami isteri. Zuriat juga cermin imej ibu bapanya. Oleh sebab itu pastikan zuriat atau anak anda dibelai dan diasuh dengan penuh kasih sayang agar menjadi insan yang cemerlang,soleh dan solehah.

Sebaik-baik wanita itu ialah wanita yang melahirkan anak, yang penyayang; yang memelihara kehormatannya; yang mulia pada kaca mata ahli keluarganya; yang menghormati suaminya; menghiaskan dirinya hanya untuk suaminya tercinta; memelihara diri daripada pandangan orang lain; yang mendengar kata-kata suaminya dan mentaati segala perintahnya. Apabila bersama suaminya, dia memberikan apa saja yang diperlukan suaminya dan dia tidak pula menolak ajakannya; serta tidak merendah-rendahkan atau menghina kedudukan suaminya di hadapan orang lain. (Riwayat Al Tausi).

5 Cara Pikat Hati Suami Anda


Tahukah anda cinta sejati itu harus disemai jika tidak ia akan makin pupus. Sebagai seorang isteri sememangnya di lumrahkan 1001 keistimewaan yang membolehkan anda memikat suami.

Jangan menunggu si suami bertindak, kadang kala lelaki inginkan si isteri memikat hatinya juga. Usah bersikap optimis, jadi gunakan kuasa anda untuk membuatkan si suami merasai cinta anda. Secara tidak langsung, dia akan bertambah cinta terhadap anda.

1) Fahami Sifat sikap suami

  • Fahami sikap dan tabiat si suami tetapi cuba sesuaikan diri anda selagi ianya tidak berlawanan dengan tuntutan agama.
  • Menghormati dan memahami kehendaknya dengan cara mengiakan setiap keputusannya. Jika anda ingin membantah, si isteri perlu berlembut dalam pertuturan.
  • Menunjukkan rasa gembira ketika bersama, jika si isteri tidak menyukai sesuatu. Berbincanglah dengan suami, jika berasa takut atau segan, si isteri boleh menulis surat kepada si suami.


2)Berkelakuan Baik Terhadap Suami

  • Menjaga maruah si suami dengan cara tidak bercerita kepada orang lain tentang hal rumahtangga anda. Jika suami mengetahuinya ini akan mencalar maruahnya sebagai lelaki.
  • Ikhlas dalam perhubungan kerana si suami inginkan si isteri yang jujur dan tidak menyimpan rahsia.


3)Bersederhana dalam berbelanja

  • Jangan membebankan si suami dengan meminta barang-barang yang di luar kemampuan suami.
  • Bersikap sopan santun, berlemah lembut dan juga berpakaian sopan jika keluar berjalan-jalan dengan suami. Ini kerana selepas berkahwin sifat cemburu suami semakin meningkat.
  • Isteri yang bijak berbelanja dan pandai menguruskan kewangan akan lebih disayangi suami.


4)Sentiasa cantik untuk suami anda

  • Bersolek dan memakai wangi-wangian untuk menyambut kepulangan suami. Sambutlah dengan senyuman dan ceria.
  • Walaupun si suami tidak merungut, kerana ingin menjaga hati si isteri. Tetapi, fitrah semulajadi suami ingin melihat kecantikan si isteri walau di rumah sekalipun.


5)Memasak lauk kegemaran suami

  • Anda juga boleh memasak lauk kegemaran suami anda supaya anda boleh pikat hati suami anda. Untuk pengetahuan si isteri, kebanyakkan lelaki sukakan isteri yang pandai memasak dan mengemas rumah.
  • Oleh itu, jika anda mempunyai ciri-ciri ini maka mudahlah anda pikat hati suami anda dengan hanya memasak lauk kegemarannya

Itu sahaja perkongsian yang dapat di berikan. Semoga hubungan rumah tangga anda kekal sepanjang hayat. Antara kunci rumah tangga bahagia juga adalah kerana sentiasa bertolak ansur antara satu sama lain dan percaya kepada pasangan masing-masing.

Cara Menghargai Pasangan


Adakah anda mengalami masalah hubungan suami isteri? Ketahui cara untuk menghargai pasangan anda di sini..

Menegur isteri merupakan suatu perkara yang amat mencabar bagi seorang suami. Walaupun ianya nampak mudah, tetapi jika tersalah langkah boleh mengundang pecah belah di dalam rumah tangga, bukan semua isteri mudah menerima teguran daripada suami, apatah lagi bagi pasangan yang memulakan perkahwinan dengan percintaan.

Tip di bawah bukan hanya ditujukan pada pasangan yang sudah berkahwin sahaja, tetapi buat juga pasangan yang masih belum berkahwin.

1. Terima pasangan hidup anda dengan seadanya

Jangan cuba untuk mengubah pasangan mengikut kemahuan anda. Ingat, pasangan yang anda kahwini atau cintai itu adalah pilihan anda sendiri.

Jangan terlalu dambakan kesempurnaan. Terima segala kekurangan kerana tiada manusia yang sempurna. Cuba fikirkan kebaikan pasangan daripada terus memikirkan kekurangan dan keburukannya.

2.Lakukan aktiviti bersama

Aktiviti bersama mampu merapatkan perhubungan. Carilah sesuatu yang boleh dilaku bersama. Misalnya, menonton video di rumah atau menonton wayang seperti waktu bercinta dahulu.

 Anda perlu berhati-hati jika anda lebih gemar untuk bersama rakan-rakan melebihi pasangan anda. Ini adalah petanda yang tidak baik dan boleh menimbulkan rasa tidak puas hati pasangan.

3. Jujur  dalam perhubungan antara satu sama lain

Jujur adalah perkara yang paling penting dalam perhubungan. Jangan sesekali menipu pasangan kerana ia adalah antara punca utama sebuah perpisahan.

Kejujuran yang dimaksudkan adalah kejujuran untuk mengungkap perasaan kita terhadap pasangan. Jika terluka, katakan bahawa anda terluka. Beritahulah dengan tenang tanpa perlu meninggikan suara.

4.Beri layanan terbaik sepanjang hidup

Layanlah pasangan anda seperti sebelum berkahwin. Jika dahulu jalan berpimpinan tangan, pimpinlah tangan pasangan  setelah berkahwin. Ramai pasangan cenderung untuk mengabaikan keakraban perhubungan selepas berkahwin kerana lebih tertumpu kepada keperluan keluarga atau anak anak.

5. Kawal perasaan yang mampu menimbulkan pergaduhan

Apabila marah atau ada hal yang menggangu anda, cubalah bertenang dan bertanya kepada pasangan. Elakkan tuduhan melulu dan meninggikan suara kerana ia hanya akan membawa kepada pergaduhan. Pasangan akan menghargai jika anda bertenang dalam menghadapi sebarang situasi.

6.Ingat tarikh penting

Manusia memang suka dihargai dan dikejutkan dengan pemberian hadiah oleh sesiapa sahaja lebih lebih lagi daripada orang yang disayangi. Jika suami seorang yang prihatin dan menyayangi isterinya, apalah salahnya jika dia memberikan hadiah kepada isterinya. Hadiah tidak perlu terlalu mahal.

7. Beri pujian kepada isteri sebagai tanda perhargaan

Jangan lokek memberi pujian kepada isteri dengan mengatakan dia cantik dan kemas. Pujian ini penting untuk menaikkan semangat isteri tatkala semangatnya hilang dan luntur.

Memanglah wajar isteri penat jika dia terpaksa bangun pagi seawal lima pagi bagi memastikan semuanya beres demi kemudahan suami dan anak-anak. Kemudian tidur pula paling lewat kerana sibuk menyediakan persiapan untuk esok hari.

Kesimpulan

Sudah menjadi fitrah kejadian, untuk menjadikan seorang wanita itu baik, mereka perlulah ditegur, dan selalu diingatkan tentang kebaikkan. Menegur bukan sahaja untuk memperbaiki, tetapi lebih daripada itu adalah sebagai salah satu langkah untuk menjadikan isteri sebagai isteri yang terbaik di dunia dan akhirat.

Adab Berhadapan Dengan Suami


Adab sopan seorang isteri ketika berhadapan dengan suami perlulah dijaga sebaiknya. Sesungguhnya keredhaan Allah bergantung kepada keredhaan suami...
  1. Ketika suami sedang bercakap, dengarlah dengan baik, diam dan tidak memotong percakapannya.
  2. Sikap suami hendaklah diterima dengan syukur, tidak menjawab apabila dimarahi dan bersabar ketika hati disakiti kerana kadang-kadang dia sengaja hendak menguji kita.
  3. Cepat bertindak ketika suami berhajat sesuatu sekalipun sedang letih. 
  4. Tegasnya, taat kepada kehendak suami kecuali kehendak yang melanggar syariat.
  5. Memenuhi keperluan suami dengan baik, mengutamakan kehendak suami daripada anak-anak. 
  6. Jika diizinkan bolehlah mendahulukan kehendak anak-anak atau orang lain.
  7. Ketika berhadapan dengan suami, eloklah sentiasa berhias diri, bersihkan mulut, berwangi-wangian (di dalam rumah) dan berwajah manis.
  8. Memuliakan ibubapa dan keluarga suami dan menghormati ibubapanya.
  9. Menjaga ketenteraman hati suami, membantu menyelesaikan masalah suami atau sekurang-kurangnya tunjukkan gembira dan simpati apabila perlu.
  10. Menjaga harta suami dengan baik dan tidak mengkhianatinya, menjaga kebersihan dan kekemasan rumah, menyediakan peralatan mandi dan pakaian sebelum suami ke bilik air.
  11. Mesti sama-sama merasai perasaan suami, suka kalau ia suka dan berduka kalau ia duka. 
  12. Bergurau kalau ia bergurau, tenang kalau ia tenang dan terhibur tatkala menerima pemberian suami dan tidak memperkecilkannya. 
  13. Tegasnya dapat menyelami perasaan suami dan sanggup berkorban demi kesenangan suami.
  14. Memahami suami, jia dia pemimpin bantu dia dengan mengambil tahu hal kebajikan anak-anak buahnya. 
  15. Jika dia guru kita hendaklah melengkapkan diri dengan ilmu. Hendaklah kita bersedia dengan apa sahaja keadaan, kedudukan atau perbuatannya.
  16. Sentiasa mendoakan suami dan tidak menyusahkan suami dengan kehendak peribadi. 
  17. Sentiasa berakhlak baik dengan suami, tidak bergaduh di depan anak-anak. 
  18. Hendaklah membela suami atau keluarga suami jika terfitnah walaupun hati sendiri yang terluka.
  19. Pastikan niat kita melayan suami semata-mata mengharapkan akan keredhaan Allah swt, semoga suami kuat beribadah, berjuang bersungguh-sungguh pada jalan Allah swt agar terjalin kasih sayang kerana Allah swt.
  20. Hendaklah isteri sentiasa bersikap malu terhadap suami.
  21. Memelihara kehormatan ketika suami tiada di rumah.
  22. Merasa cukup dengan apa yang ada (qanaah).
  23. Selalu bersikap belas kasihan serta hotmat pada suami dan sentiasa berasa diri kita yang bersalah.
  24. Merasakan suami mempunyai kelebihan. Antara sabda Rasulullah s.a.w. maksudnya: 

"Allah swt membenci seorang isteri yang tidak kasih pada suaminya, sedangkan ia memang memerlukan suaminya"

"Mana-mana isteri yang keluar rumah tanpa izin dari suaminya, tetaplah dia dalam kemurkaan Allah swt sehinggalah ia kembali atau suaminya redha kepadanya"

"Apabila seseorang wanita itu tetap bersolat lima kali sehari, berpuasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mematuhi suaminya maka dapatlah dia memasuki syurga"



Petua Elak suami Isteri Bergaduh


Bila cerita pasal suami isteri bergaduh…mesti semua orang akan kata…biasa la suami isteri bergaduh..lumrah la tu…mustahil kalau tak ada pergaduhan. Tapi sampai tahap mana seriusnya pergaduhan tersebut?? Bergaduh sebab apa?? Jom kongsi Petua Untuk Elakkan Suami Isteri Bergaduh..

1. Dengar dahulu sepenuhnya apa yang pasangan anda ingin sampaikan. Kemudian baharulah anda fikir dan buat penilaian. Kebanyakan pasangan berpisah disebabkan pergaduhan yang sia – sia iaitu ada jalan penyelesaian tetapi tidak digunakan.

2. Ketika ingin mengutarakan pendapat, pastikan anda berkata- kata menggunakan nada yang rendah dan mendatar. Jangan bercakap dengan nada yang tinggi. Anda juga jangan memperli pasangan anda kerana ia akan memburukkan lagi suasana.

3. Ada pasangan yang hidup bahagia walaupun kehendak mereka berbeza. Ia terjadi kerana, mereka menerima pasangan mereka seadanya. Jika pasangan anda pemalas, anda perlu terima bahawa dia pemalas dahulu. Kemudian baharulah anda cuba mengubah dia dengan memberi nasihat dan kesedaran. Jika kita menerima pasangan kita seadanya, kita akan jadi lebih tenang dan selesa ketika berada dengan pasangan kita.

4. Jangan melibatkan adik beradik anda, ibu bapa anda dan ibu bapa pasangan anda dalam urusan rumah tangga anda. Dalam rumah tangga anda, hanya anda dan pasangan anda yang layak menentukan segalanya. Anda perlu tegas untuk menghalang orang luar dari terlibat dalam urusan rumah tangga anda.

5. Pastikan anda melakukan perkara yang telah dipersetujui bersama dengan pasangan anda. Jika anda berdua telah mengambil keputusan untuk berjimat cermat pada bulan ini, anda perlu kekal dengan keputusan tersebut. Jika anda berdua mengambil keputusan untuk membeli kereta kancil contohnya, anda perlu kekal dengan keputusan tersebut dan jangan mengubahnya. Jika anda mengubah keputusan sendiri tanpa persetujuan pasangan, pergaduhan akan berlaku dengan lebih teruk.

6. Jika anda sayangkan pasangan anda, maafkan dia dan lupakan segala kesalahan dia.

7. Jika tiada jalan penyelesaian, anda boleh dapatkan pendapat dari pihak ketiga seperti kaunselor, ibu bapa, kawan rapat atau adik-beradik yang lain. Pastikan anda sentiasa berdua ketika mencari jalan penyelesaian dan terima segala pendapat dengan hati yang terbuka

Masa marah yang berapi-api tu…salah seorang kena la beralah…salah seorang kena diam kan diri…atau pun keluar dari rumah…itu dikira tempoh bertenang…bagi masing-masing tempoh bertenang…supaya otak tu boleh berjalan…boleh fikir cara waras…bila tengah marah…keputusan banyak dipengaruhi oleh emosi … so pandai-pandai la yer…


Petua Mengeratkan Kasih Sayang Suami Isteri


Di dalam kehidupan rumahtangga, suami adalah tingkatan ketiga mulia setelah Allah dan rasul. Mengapa suami diletakkan ditempat yang begitu mulia ?. Jika dikaji dari sudut lahiriah sekalipun, seseorang yang bergelar “lelaki” itu memang mempunyai tanggungjawab yang berat dan besar. Selain menanggung nafkah, lelaki yang bergelar suami ini adalah jambatan untuk isteri mendapatkan redho Allah. Tanggungjawab sebagai ayah yang telah mendidik anak-anak sejak dari alam bayi hingga dewasa, semuanya tertanggung diatas bahu lelaki yang bergelar ayah dan suami itu. Suamilah yang terus menerus menanggung beban sehingga lahirnya zuriat bakal penyambung warisannya.

Segala amal ma’ruf dan nahi mungkar, setiap apa yang dilakukan olehnya apalagi isterinya, akan dipikul olehnya di hari Qiamat kelak. Kerana itulah seorang isteri diwajibkan untuk mentaati suaminya selagi segala perintahnya itu tidak melanggar syariat. Kerana itu juga seorang wanita yang bergelar isteri, wajib mengetahui dan mempelajari segala hukum yang bersangkutan dengan kehidupan berumahtangga dan hal yang berkaitan dengan ketaatan terhadap suami agar terpelihara amal ibadahnya dan memperolehi kebajikan dan menfaat di dunia dan akhirat.

 Telah tersebut di dalam kitab Muhimmah, bahawa para ulama telah mengingatkan kepada para isteri: Sesungguhnya antara dosa yang teramat besar derhaka isteri kepada suami ialah menegah akan suami untuk mengambil kesukaan yang ada pada dirinya sama ada untuk diwati (dijimak) yakni untuk memuaskan nafsunya dengan jalan yang halal (sah) di dalam Islam atau lainnya seperti melarang isteri itu ke atas suaminya menjamah dan menyentuh pada sebarang tempat anggota badannya.

Firman Allah di dalam Al Quran: “Dihalalkan bagimu pada malam puasa bercampur dengan isteri kamu, mereka itu adalah pakaian bagimu dan kamu pun adalah pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahawa kamu tidak dapat menahan nafsumu, kerana itu Allah mengampunkan kamu dan memberikan keringanan kepadamu. Maka sekarang campurilah mereka dan carilah apa yang telah ditetapkan Allah untukmu, dan makan dan minumlah sehingga terang benang putih dari benang hitam, iaitu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga malam (tetapi) janganlah kamu mencampuri mereka itu sedang kamu beriktikaf dalam masjid-masjid. Itulah larangan-larangan Allah, maka janganlah kamu mendekatinya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayatnya kepada manusia supaya mereka bertaqwa.” (Al Baqarah : 187)

Dan firman Allah lagi di dalam surah Al Baqarah, ayat 223: “Isteri-isteri adalah seperti tanah tempat bercucuk tanam,maka datanglah (tanah) tempat bercucuk tanam sebagaimana sahaja yang kamu kehendaki, kerjakanlah (amal-amal) yang baik untuk dirimu. Bertaqwalah kepada Allah dan ketahuilah kamu kelak akan menemuiNya. Dan berikanlah khabar gembira bagi orang-orang yang beriman."

Demikianlah perumpamaan yang telah diberikan oleh Allah s.w.t terhadap para isteri. Suami diberi amanah untuk membimbing isteri ke arah kebaikan dan kebenaran. Bagi isteri pula, mereka hendaklah taat terhadap suami dan merasakan suamilah segala-galanya bagi diri mereka sebagaimana kiasan “mereka (isteri) adalah pakaian bagimu dan kamu adalah pakaian bagi mereka.” Isteri hendaklah ingat dan sentiasa takut untuk keluar rumah tanpa izin suami. Kerana sesungguhnya laknat Allah amat besar bagi seorang isteri yang keluar rumah tanpa izin suami. Tetapi perlu diingat bagi para suami adalah haram mencegah isteri untuk keluar belajar ilmu Fardhu Ain dan segala ilmu yang wajib dituntut sekiranya suaminya itu tidak berkemampuan untuk mengajar. Sekiranya dia mampu mengajar, maka wajib dia mengajar isterinya akan segala ilmu Fardhu Ain dan isteri tidak boleh ingkar dan enggan untuk belajar.

Jikalau suami mengajak isteri untuk berpindah dari rumah ibu dan ayah, janganlah si isteri enggan kerana isteri bukan lagi hak ibu dan ayah, tetapi hak suami. Isteri wajib mengikuti suaminya kemana sahaja suaminya pergi. Jikalau terdapat halangan untuk mengikuti suami, sedangkan suami redha, maka tidak mengapa tidak mengikut suami pergi atau berpindah ke mana-mana.

Begitu juga layanan isteri kepada suami ketika suami balik dari kerja, mestilah yang menggembirakan hati suami dengan menyediakan minuman dan melemparkan kepadanya senyuman yang manis. Sesungguhnya separuh daripada keletihan itu akan hilang dengan melihat isteri tersenyum manis kepadanya. Ingatlah kehidupan rumahtangga adalah satu kehidupan yang saling memerlukan di antara satu sama lain. Kerana itu janganlah malu untuk memberikan kasih sayang kerana kita juga ingin disayangi dan memerlukan kasih sayang.

Para isteri diingatkan jangan meminta talak. Sesungguhnya inilah dosa yang amat besar di sisi Allah bagi para isteri. Hati suami akan terluka disebabkan perkataan isteri. Dari itu berhati-hatilah semasa mengeluarkan perkataan ketika sedang marah. Hendaklah difikirkan dahulu apa yang hendak diperkata. Kerana perkataan yang kasar terhadap suami itu boleh menyebabkan kita dimurkai oleh Allah s.w.t.

Juga sekali-kali jangan bermasam muka dengan suami. Kejernihan muka dan keceriaan isteri itu adalah penenang fikiran dan jiwa bagi suami dari suasana luar rumah yang penuh maksiat dan durjana. Diri para isterilah tempat tatapannya dan tempat menumpah kasih. Pulangnya suami bila isteri menguntum senyum di pintu, akan menghilangkan segala kepenatan dan keletihan sepanjang hari. Oleh itu senyumlah selalu, nanti suami akan kasih. Allah akan redha.

Hendaklah bersangka baik dengan suami dan jangan mempertikaikan kesetiaan suami. Hati jarang merasa tenang kerana sering mempertikaikan kesetiaan masing-masing. Bila di dapati suami melakukan kesilapan atau punya kelemahan, hati semakin hancur dan timbul tindakan yang tidak tentu arah. Tidak hairanlah jikalau wujud risiko yang sebegitu rupa kerana cinta diletakkan pada hamba yang lemah, bukan pada Allah yang Maha Esa. Di dalam Islam, cinta yang sejati itu adalah cinta yang diserahkan kepada Allah s.w.t dan suami hanyalah jalan untuk isteri memperolehi redho Allah. Cinta suci hanya lahir daripada iman dan taqwa. Hati orang yang bertaqwa adalah untuk Allah dan RasulNya. Hati yang demikian akan melihat akhirat lebih utama daripada dunia. Maka orang yang sedemikian akan mengorbankan dunianya untuk akhirat.

Dalam pada itu para suami haruslah berlaku adil terhadap isterinya. Sememangnya di dalam Islam hak isteri pada suami memang banyak, tetapi hak suami kapada isteri tidak kurang pentingnya pula. Bagi para suami mendidik dirinya, isteri dan anak-anak menghayati Islam adalah wajib, jikalau tidak suami dihukumkan dayus. Setengah ulama menyifatkan makna dayus itu, suami yang membiarkan isteri dan anak-anaknya terjebak dengan maksiat dan mungkar. Maka tersuratlah di sepan pintu syuga yang bermaksud: “Engkau hai syurga ! Haramlah atas segala lelaki yang dayus.” Maka apabila datangnya Hari Qiamat, Allah s.w.t akan menghukumkan suami terlebih dahulu di dalam segala hal kebajikan berbanding dengan isteri dan anak-anaknya kerana suamilah yang menentukan segala hal dan berkuasa di dalam rumahtangganya. Firman Allah: “Peliharalah diri dan ahli keluargamu dari api neraka.” (At Tahrim: 5)

Para isteri hendaklah mendorong suami untuk melakukan sebanyak mungkin kebaikan dan ibadah demi menyelamatkan keluarga daripada azab Allah. Hal ini akan melahirkan sikap sensitif terhadap perjuangan untuk menegakkan agama Allah. Segala tindak tanduk didorong untuk membangunkan agama Allah ini. Suami digalakkan belajar ilmu agama dan bergaul dengan mereka yang arif tentang Islam.

Kalau kita mahukan masyarakat jadi tenang, aman dari sebarang maksiat dan kemungkaran, maka kita hendaklah membetul rumahtangga dengan mengeratkan kasih sayang suami isteri dan membetulkan niat kita mendirikan rumahtangga iaitu mengelakkan kita daripada kemaksiatan serta meletakkan cinta kepada Allah didalam mengatur rumahtangga selaras dengan hukum hakam yang telah digariskan oleh syariat.

99 Petua Menawan Hati Suami


Semua petua yg tertera di bawah ini adalah dari pakar motivasi popular Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah..beliau menggariskan 99 petua menawan hati suami yg boleh dipraktikkan isteri dan bakal isteri. Petua tersebut ialah :
  1. Berdoa agar disayangi.
  2. Tegur dan sentuh suami sebelum sambung perkara lain bila dia balik ke rumah.
  3. Tunjukkan keprihatinan dgn bertanya secara khusus mengenai kegiatan sepanjang hari (jika suami dlm mood yg sesuai).
  4. Berlatih mendengar dgn baik dan bertanya dgn tepat. 
  5. Jgn tergesa-gesa menyelesaikan masalah suami. Apa yg lebih penting adalah simpati. 
  6. Beri suami masa berkualiti sekurang-kurangnya 30 minit. 
  7. Tanya ibu mentua,abang atau kakak ipar mengenai hadiah disukai suami dan belikan hadiah tersebut sebagai cenderahati atau semasa memujuk.
  8. Masak makanan kegemaran suami.
  9. Beri pujian mengenai penampilan suami seperti rambut,wajah,pakaian dan sebagainya. 
  10. Pujuk suami bila dia marah atau berkecil hati. 
  11. Minta bantuan sesuai pada masa,tempat dan jenis kerjanya. 
  12. Elakkan suami daripada menunggu terlalu lama bila bersiap. 
  13. Bila suami memberitahu yg dia akan pulang lewat,ucapkan terima kasih kerana memberitahu. 
  14. Bila suami meminta bantuan,buatlah dgn serta-merta dgn ikhlas dan gembira tanpa banyak mengungkit atau komen. 
  15. Ucapkan kata-kata sayang yg romantik dua kali sehari. 
  16. Jika marah, tunggu hingga sejuk.Bila sudah sejuk,beritahu suami apa yg menganggu fikiran secara sopan.Jgn salahkan suami. 
  17. Bila suami bercakap,beri perhatian sepenuhnya. Jika boleh hentikan apa sahaja tugas yg sedang dilakukan. 
  18. Bila memesan barang kpd suami yg kekedai,senaraikan diatas kertas. Jgn biarkan suami ke kedai dua tiga kali. 
  19. Tanya suami bila dia ingin berehat atau tidur.
  20. Peluk suami dgn penuh kasih sayang sebanyak tujuh kali sehari. 
  21. Telefon suami ditempat kerja hanya bila penting.Telefon dgn kerap jika suami suka. 
  22. Jika suami perlu menjauhkan diri sekali-sekala,tanya bila dia pulang.
  23. Jgn ganggu suami semasa asyik melakukan sesuatu.
  24. Bila suami marah,jgn menjawab. Tunduk dan diam walaupun kita tidak salah. Terangkan keadaan sebenar setelah dia tenang. 
  25. Bila meminta batuan suami: Terangkan kpd suami mengenai kerje rumah yg memerlukan bantuannya. Beri pilihan kerja yg disukainya. Jgn suka mengarah. Gunakan perkataan yg sesuai dan lemah- lembut. 
  26. Pesan suami menelefon rumah jika bertugas luar. Jgn pula melenting jika dia tidak berbuat demikian. Beritahu dia yg anda cuma risau. 
  27. Sentiasa kemas,anggun dan wangi sebelum tidur bersama. 
  28. Sokong pendapat suami walaupun pendapatnya berbeza dgn org lain. 
  29. Bila keluar berkereta: Jgn ganggu suami yg sedang memandu. Jgn menunjuk-nunjuk jalan selagi tidak dipinta suami. Jgn berleter bila suami tersalah jalan. Bersangka baik apabila tersesat jalan. 
  30. Peluk dan belai suami sekali-sekala tanpa impian seksual. 
  31. Sabar dan tenang bila mendengar cerita atau masalah suami. 
  32. Jgn menukar-nukar saluran televisyen bila menonton bersama suami. 
  33. Jaga maruah suami terutama di khalayak ramai dan ikut kehendaknya. Segala bantahan dilakukan semasa berdua-duaan. 
  34. Bila berpegang tangan,peganglah bagaimana disukainya. 
  35. Buatkan minuman suami tanpa diminta atau bertanya. 
  36. Beri suami peluang memilih tempat makan bila makan diluar. 
  37. Cepat bersiap dan jgn tiba-tiba ingin menukar baju yg dipakai. 
  38. Tanya suami bagaimana kita perlu berkelakuan dikhalayak ramai apabila disisinya. 
  39. Lebihkan suami daripada anak-anak. 
  40. Belikan suami hadiah-hadiah yg berguna seperti tali pinggang,kasut,cermin mata hitam, dan sebagainya. 
  41. Tolong suami mencuci kereta,potong rambut dan sebagainya. 
  42. Beri layanan istimewa pd suami dihari-hari istimewa. 
  43. Pergi dating atau berbulan madu. 
  44. Jika suami melakukan kesilapan,jgn tempelak atau pulangkan paku buah keras. 
  45. Hantar kad ucap selamat pd hari-hari istimewa. 
  46. Tunjukkan keprihatinan terhadap perasaan suami. 
  47. Suami akan lebih bersemangat dan bertanggungjawab bila dia terasa diperlukan isteri.
  48. Isteri perlu mempamerkan bahawa dia benar-benar memerlukan suaminya. 
  49. Layan suami seperti semasa berkawan dulu. 
  50. Beri peluang suami memperbaiki barang rosak di rumah walaupun kita tahu dia tidak mahir. 
  51. Menghias tempat tidur macam tempat tidur pengantin. 
  52. Ceritakan mengenai kerenah lucu anak-anak kepadanya. 
  53. Bacakan berita yg menarik perhatian suami atau buat keratan berita kesukaannya daripada suratkhabar atau majalah. 
  54. Tolong temankan suami bila dia melakukan kerja bersendirian waktu malam. 
  55. Letakkan barang-barang keperluan suami ditempat biasa. 
  56. Tolong bawakan barang-barang walaupun suami mampu membawanya semua. 
  57. Cuba masak masakan paling sedap utk suami setiap masa. Jgn paksa suami komen jika dia hanya berdiam diri. 
  58. Bila berbual,bercakap atau berbincang: Gunakan hubungan mata. Gunakan gerak rasa hati. Pegang erat tangannya. Duduk rapat-rapat. Baring bersama dan bernafas serentak. Ajak atau biar suami berbaring atas paha jika dia mahu. 
  59. Jgn dera suami fizikal dan batin. 
  60. Tunjukkan minat mengenai perkara yg dilakukan suami,org yg ditemui dan sebagainya. 
  61. Beri tindak balas positif jika suami bercerita. 
  62. Jika suami kurang sihat, beri perhatian sewajarnya. 
  63. Masuk tidur serentak dgn suami.Jika kita ingin tidur dulu,minta kebenaran suami. 
  64. Salam,peluk,cium dan belai suami sebelum pergi kerja. 
  65. Ketawa bila suami belawak atau bercerita kisah lucu. 
  66. Ucapkan terima kasih atas setiap khidmat suami. 
  67. Cari masa utk berdua-duaan. 
  68. Lakukan riadah bersama suami. 
  69. Pergi berkelah sekali-sekala. 
  70. Doakan suami agar bahagia dunia akhirat (dlm pengetahuannya atau tidak). 
  71. Ajak suami berjalan-jalan tanpa anak-anak. 
  72. Berikan apa yg dihajati suami. 
  73. Nyatakan anda merinduinya bila berjauhan. 
  74. BUat kuih kegemaran suami sekali-sekala. 
  75. Lakukan ibadah bersama. 
  76. Jgn menghukum suami jika dia mengecewakan isteri tanpa sengaja. 
  77. Maafkan suami jika dia terlupa melakukan sesuatu utk isteri. 
  78. Segera minta maaf sekiranya kita melukakan hati suami.
  79. Cuba fahami suami jika dia membangkang atau enggan membantu isteri. 
  80. Bila suami meminta maaf,terima dgn kasih sayang. Jgn jual mahal.Ingat kebanyakkan suami sukar meminta maaf daripada isteri. 
  81. Tunjukkan keseronokan bila berjimak dgn suami. 
  82. Tunjukkan simpati dan tolong suami mencari barang yg dia lupa dimana letaknya. 
  83. Nyatakan dgn lemah lembut kpd suami jika kita tidak menyukai pilihan baju,tempat makan,lauk pauk,tempat bercuti dan sebagainya. 
  84. Berkongsi perasaan negatif dgn suami secara terbuka tanpa menyalahkannya. 
  85. Jgn menyuruh suami melakukan sesuatu yg sememangnya ingin dilakukannya.Ini akan menyebabkan suami tawar hati. 
  86. Elakkan memberi penjelasan mengenai sesuatu terlalu panjang.Suami sering melenting bila isteri bersyarah panjang. Penjelasan panjang lebar menunjukkan seolah-olah isteri tidak mempercayai suami. 
  87. Elakkan daripada membuat suami berasa tidak mampu,tidak layak atau tidak berkebolehan. 
  88. Kebanyakkan suami rasa seronok dan selesa sekadar duduk bersama isteri. Justeru itu jgn berkecil hati jika suami kurang melayani anda bercakap. Kebanyakkan suami memang kurang bercakap dgn isteri. 
  89. Jgn cabar suami. 
  90. Bila berselisih faham,berkrisis atau bertengkar dgn suami, fokus pd masalah semasa dan jgn ungkit perkara lalu. 
  91. Jgn suka mengenang rekod lama suami dan melabelnya berdasarkan rekod tersebut.
  92. Jgn ingkar mengenai apa yg telah dipersetujui. Suami akan berkecil hati bila isteri menyatakan persetujuan tetapi tidak bertindak mengikut apa yg dipersetujui. 
  93. Banyak suami berasa janggal can malu menyatakan sayang pd isteri.Oleh itu isteri perlu 'membaca' perlakuan suami yg menunjukkan kasih sayangnya kpd isteri. Jangan paksa suami menyatakan perasaan sayang,rindu atau cinta kpd isteri.Hanya 'suami bermasalah' sahaja tidak sayangkan isteri. 
  94. Isteri mempunyai kelebihan dlm memahami suami.Fahami hakikat kebanyakkan suami menghadapi kesukaran memahami isteri. 
  95. Cemburu tanda sayang.Namun jgn terlalu cemburu terhadap suami kerana dia akan merasa rimas dan serba salah. 
  96. Utk merangsang suami mempamerkan kasih sayang, puji setiap kali dia menunjukkan kasih sayangnya. 
  97. Elakkan memberi nasihat jika tidak diminta.Isteri meminta nasihat utk bermanja tetapi bila suami meminta nasihat dia beranggapan itu satu kelemahan. 
  98. Apabila suami berkata atau berbuat sesuatu yg menyakiti hati,adalah lebih baik mencari kepastian daripada membuat kesimpulan sendiri yg mungkin salah. 
  99. Doa dan tawakal kpd ALLAH semoga hidup kita suami bahagia dunia akhirat.

11 Ciri-ciri Isteri Yang Dekat Dengan Syurga

 
Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga dari pintu-pintu yang di kehendakinya
Berikut ini adalah ciri-cirinya :

1. Seorang Isteri yang menyedari dan menerima dengan ikhlas bahwa laki-laki (suami) adalah pemimpin kaum wanita.

2. Seorang Isteri yang menyedari bahwa kedudukan suami itu satu tingkat lebih tinggi jika dibandingkan dengan isteri.

3. Seorang Isteri yang selalu taat dan penuh hormat kepada suami selama bukan diajak dalam hal kemaksiatan (durhaka kepada ALLAH).

4. Seorang Isteri yang tetap berpegang teguh menjaga kehormatan dirinya dan yang tidak mahu keluar rumah dengan seenaknya sendiri tanpa izin suami.

5. Seorang Isteri yang selalu memenuhi keinginan suami dalam nafkah batin (kecuali dengan suatu alasan yang kuat terpaksa menolaknya).

6. Seorang Isteri yang selalu mendahulukan kepentingan suami dibanding urusan yang lain.Termasuk kepentingan orang tua sekalipun. (Terkecuali mendapat izin dari suami)

7. Seorang Isteri yang selalu menjaga kehormatan dirinya jika suami tidak ada di rumah.

8. Seorang Isteri yang pandai menjaga harta suami (tidak boros) dan juga menjaga kehormatan suami baik saat ada ataupun sedang tidak di rumah.

9. Seorang Isteri yang senantiasa berusaha mempercantik dirinya ketika berada depan suami.

10. Seorang Isteri yang selalu menyenangkan hati suami dengan raut wajah yang tampak berseri. Murah senyum agar Si suami merasa tenteram hatinya.

11. Seorang isteri yang tidak suka berdandan berlebihan agar tampak cantik oleh lelaki lain.

Ya ALLAH... Bimbinglah kami agar menjadi isteri yang demikian.
Menjadi isteri yang selalu taat kepada suami... Yang pada akhirnya akan berbuah redha-Mu...AMIN..