A – Ampunkan segala kesalahan suami atau isteri sebelum tidur. Amalkannya setiap hari dan anda akan lebih tenang dalam rumah tangga.
B – Baik. Jalinkanlah hubungan yang baik dengan keluarga dan teman rapat pasangan. Ini akan menjadikan pasangan berasa lebih dihargai.
C – Cinta. Cintai pasangan sepenuh hati dan kotakan janji-janji percintaan anda semasa dahulu.
D – Doa. jangan lupa untuk berdoa semoga mahligai yang dibina sentiasa di dalam kerahmatan dan bahagia selalu.
E – Enak. masakan yang enak dan berkhasiat akan menceriakan keluarga. Jadikan waktu makan atau memasak sebagai salah satu masa untuk merapakan hubungan dan berkongsi cerita dengan pasangan.
F – Filem. Tontonlah filem romantik bersama pasangan di waktu senggang.
G – Gurau. Jangan terlalu serius dalam rumah tangga! Cuba bergurau senda dengan pasangan supaya hubungan lebih ceria dan menyeronokkan
H – Hormat. Walaupun dia suami atau isteri anda, hormatilah dia dan berilah dia masa dan privasi sekali sekala.
I – I Love You! Ucapkanlah kata-kata manis seperti I Love You! Ia akan menghangatkan rasa cinta anda!
J – Jalan-jalan. Luangkan masa untuk berjalan-jalan dan bersiar-siar bersama untuk mengeratkan hubungan. Bercuti bersama juga adalah idea yang bagus untuk anda dan pasangan.
K – Komunikasi. Komunikasi yang berkesan menjadi perkara penting di dalam hubungan. Elakkan sikap acuh tak acuh dan terimalah teguran dengan fikiran yang positif.
L – Lupakan kenangan pahit dalam rumah tangga. Jangan sesekali mengungkit-ungkit perkara lalu.
M – Maaf. maafkanlah pasangan atas kesilapan yang dilakukan dan sentiasa bersangka baik terhadapnya.
N – Nafkah. Usah abaikan nafkah isteri walaupun isteri juga bekerja. nafkah untuk isteri masih menjadi tanggungjawab suami walaupun dia bekerja.
O – OK! katakan Ok sahaja jika dia melakukan sesuatu yang anda kurang senangi. Usah terlalu cerewet dan terimalah keadaan pasangan anda seadanya.
P – Pujuk dan puji. Jika pasangan merajuk, anda perlu memujuk. Ketepikan ego anda seketika dan hadapilah pasangan yang sedang merajuk dengan fikiran yang waras. Selepas memujuknya, pujilah dengan pujian yang dapat mengembirakan hatinya
Q – Queen Control – Para isteri tolong berhenti dari menjadi queen control kepada suami. Sesungguhnya lelaki memang tidak suka diarah-arah dan ditengking. Nanti jangan menyesal jika suami anda beralih arah.
R – Romantik – Jangan lupa untuk bersikap romantik terhadap pasangan. Berikan dia hadiah atau hantar bunga ke pejabat untuk memberi kejutan.
S – Sabar dan setia – Bersabarlah dengan sikap pasangan anda. Anda yang memilihnya sebagai suami atau isteri, justeru tabahlah menghadapi badai rumah tangga. Setialah kepada pasangan anda dan jangan main kayu tiga!
T – Tolak ansur – Sentiasa bertolak ansur dengan sikap pasangan anda. Anda yang memilihnya sebagai suami atau isteri justeru tabahlah menghadapi badai rumah tangga. Setialah kepada pasangan anda dan jangan main kayu tiga!
U – Ulang tahun – Jangan lupa ulang tahun kelahiran dan ulang tahun perkahwinan anda. Tidak perlu dirakan dengan hebat dan meriah, cukup sekadar meraikannya mengikut kemampuan masing-masing.
V – Virus. Elakkan kehadiran virus atau orang ketiga dalam perhubungan anda suami isteri. Jika ada yang cuba menggoda, elakkan diri dan jangan sesekali melayani mereka.
W – Wang- Kewangan yang stabil adalah salah satu kemestian dalam perkaheinan. Justeru, cuba perkukuhkanlah ekonomi anda seiring dengan usia mahligai yang dibina dan bilangan anak yang semakin bertambah.
X – X-ray atau muhasabah diri masing-masing. Adakah hubungan anda semakin renggan atau sudah tidak seperti dahulu. Berbincang dan perbaiki hubungan anda sebelum segala-galanya menjadi lebih parah.
Y -Yoyo! Jangan bercinta seperti cinta YOYO.
Z – Zuriat. Zuriat bukan syarat kebahagiaan tetapi sesungguhnya zuriat adalah pengikat kasih sayang antara suami isteri. Zuriat juga cermin imej ibu bapanya. Oleh sebab itu pastikan zuriat atau anak anda dibelai dan diasuh dengan penuh kasih sayang agar menjadi insan yang cemerlang,soleh dan solehah.
Sebaik-baik wanita itu ialah wanita yang melahirkan anak, yang penyayang; yang memelihara kehormatannya; yang mulia pada kaca mata ahli keluarganya; yang menghormati suaminya; menghiaskan dirinya hanya untuk suaminya tercinta; memelihara diri daripada pandangan orang lain; yang mendengar kata-kata suaminya dan mentaati segala perintahnya. Apabila bersama suaminya, dia memberikan apa saja yang diperlukan suaminya dan dia tidak pula menolak ajakannya; serta tidak merendah-rendahkan atau menghina kedudukan suaminya di hadapan orang lain. (Riwayat Al Tausi).